Pandangan adalah utusan shahwat. Segala musibah yang dialami oleh hati boleh bermula darinya.
Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, " Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan mata cermin bagi hati. Jika seseorang hamba menutup matanya (dari yang haram), maka hati akan menutup shahwat dan keinginan buruknya, namun jika dia mengumbar pandangannya, maka hati akan mengumbar shahwatnya".
- Lalu datanglah anggota badan lain sebagai hakim dan berkata, " Kalian berdua ibarat dua orang, yang satu lumpuh namun dapat melihat dan yang satu buta tapi mampu berjalan. Ketika si lumpuh melihat buah yang mengiurkan sementara dia tidak mampu meraihnya kerana lumpuh, dia pun mengabarkan kepada si buta yang mampu berjalan. Lalu untuk mendapatkannya keduanya bekerjasama, kakinya menggunakan kaki si buta, sedangkan matanya menggunakan mata si lumpuh. Setelah itu keduanya sama-sama merasakan lazatnya buah tersebut".
-Peliharalah pandangan, nescaya hati akan turut terpelihara.
-Peliharalah pandangan, nescaya iman turut terpelihara.
-Peliharalah pandangan, kerana disitu berpuncanya segala maksiat.
-Tundukkan pandangan (qardul basor) sentiasa dalam kehidupan.
- Pandangan mata merupakan panahan syaitan, oleh itu berhati-hati ketika memandang.
*tapi ingat, "sebaik-baik amalan adalah pertengahannya".. jadi, jangan sampai jalan langgar tiang pulak lepas ni.. selamat beramal.. (al 'ilmu bila amali ka asyshajari bila thamari.. =D )
No comments:
Post a Comment