Monday 28 December 2009

IkaN Vs HaTi???

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.
Bila ikan telah mati,
secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.

Begitulah hati,

HATI yang hidup sangat sukar untuk dinodai
tapi bila hati telah MATI,
mudahnya dipengaruhi..

Moga Allah sentiasa pelihara hati kita.
Hati yang dipilih oleh Allah untuk mendapat hidayahNya.
Sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya.
Sama-sama kita muhasabah diri sebelum kita DIMUHASAHKAN di akhirat nanti.
Semoga diri kita akan sentiasa dilindungi.

Amin..

Friday 25 December 2009

AnaK KUNCI..

"Bermula sesuatu yang baik ibarat peti besi
dan bagi setiap peti besi ada anak kuncinya,
maka BERBAHAGIALAH bagi orang yang Allah jadikan dia sebagai anak kunci kebaikan
dan penghalang kepada kejahatan.
Sebaliknya,
CELAKA bagi seseorang yang menjadi kunci kepada kejahatan
dan penghalang kepada kebaikan"
- Riwayat Ibnu Majah-
Semoga kita berada dalam golongan yang menjadi anak kunci kepada kebaikan..
Amin..

Monday 21 December 2009

PanDaNgaN MaTa UtuSaN ShaHwaT..

  Pandangan adalah utusan shahwat. Segala musibah yang dialami oleh hati boleh bermula darinya.
Ibnul Qayyim Rahimahullah berkata, " Allah Subhanahu wa Ta'ala menjadikan mata cermin bagi hati. Jika seseorang hamba menutup matanya (dari yang haram), maka hati akan menutup shahwat dan keinginan buruknya, namun jika dia mengumbar pandangannya, maka hati akan mengumbar shahwatnya".
  • Lalu datanglah anggota badan lain sebagai hakim dan berkata, " Kalian berdua ibarat dua orang, yang satu lumpuh namun dapat melihat dan yang satu buta tapi mampu berjalan. Ketika si lumpuh melihat buah yang mengiurkan sementara dia tidak mampu meraihnya kerana lumpuh, dia pun mengabarkan kepada si buta yang mampu berjalan. Lalu untuk mendapatkannya keduanya bekerjasama, kakinya menggunakan kaki si buta, sedangkan matanya menggunakan mata si lumpuh. Setelah itu keduanya sama-sama merasakan lazatnya buah tersebut".
p/s:
-Peliharalah pandangan, nescaya hati akan turut terpelihara.
-Peliharalah pandangan, nescaya iman turut terpelihara.
-Peliharalah pandangan, kerana disitu berpuncanya segala maksiat.
-Tundukkan pandangan (qardul basor) sentiasa dalam kehidupan.
-  Pandangan mata merupakan panahan syaitan, oleh itu berhati-hati ketika memandang.

*tapi ingat, "sebaik-baik amalan adalah pertengahannya".. jadi, jangan sampai jalan langgar tiang pulak lepas ni.. selamat beramal.. (al 'ilmu bila amali ka asyshajari bila thamari.. =D )

Sunday 20 December 2009

BiLa eXaM MeLanDa..

Assalamualaikum w.b.t..
huhu, mesti sume org tau kan ape jadi bile musim exam tiba..
masing2 sibuk mengulangkaji..
stady untuk exam ke? argh!! mmg x best bile terpakse wat sesuatu x selari ngan hati..
bukan niat dihati nak blajar 'KERANAMU EXAM'.. tapi nak wat camne, exam yg menjadi kayu pengukur sbgai seorg plajar.. disisi universiti, bukan disisi Allah..
"Ya Allah bukakanlah pintu hikmah dan pintu ilmu Mu kepada kami.. Permudahkanlah segala urusan kami.. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dalam setiap perkara yang kami lakukan.. Semoga kejayaan2 kami dapat memberikan sumbangan yang besar kepada agama Mu.. Amin Ya Rabbal 'Alamiin.."
Dalam doa kita stiap hari, jgn lupe doakn untuk shbt2 kita n umat Islam keseluruhannya..
( jangan lupedoakan kami kat sini, terutamanye menghadapi peperiksaan n mennghadapi ujian n cabaran..)